Thursday, September 15, 2011

DEY


this entry i dedicated special to arwah Mohd Khairul Adli.

13 February 1987 - 15 September 2011

some how it was kind of unexpected at all.


Bismillah (بسم الله)


Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.


Ya ALLAH

Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hamba Mu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya ALLAH yang akan menentukan segalanya.


Ya ALLAH

Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.


Ya ALLAH

Walau apa pun takdir Mu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon pada Mu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.


Ya ALLAH

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmat Mu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.


Ya ALLAH

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.



p/s : last pic i took. was taken on 14th september. i know u can't see this but i really wanna say i'm sorry if i'm done wrong to u.


al fatihah.
to khairul adli, semoga rohmu dicucuri rahmat.

No comments:

Post a Comment